Sunday, July 6, 2008

Apa Nak Jadi!

Sekarang ni semua dah jadi haru biru. Belum habis dengan isu harga barang naik kini kisah tuduh menuduh pulak naik. Masing-masing kata mereka yang dipihak benar. Dah kalau semua benar siapa yang salah? Tak paham betullah orang orang politik ni. Aku masih ingat lagi masa zaman budak-budak dulu (70-an) orang-orang tua selalu sebut kat kedai kopi "dalam kehidupan ini ada dua dunia yang selalu benda keji dan kotor jadi mainan iaitu dunia artis dan dunia politik". Aku ada bertanya kat ustaz di sekolah agama rakyat di kampung aku..dah lama arwah ustaz ni. Katanya politik itu mulia kerana dengan politik lah kita boleh membentuk acuan ummah tapi tangan-tangan yang menjunjung politik itu yang menjadikan politik itu jelek dan hina....Bila dah dewasa baru aku paham maksudnya. Tapi aku rasa sukar untuk kita mengubah persepsi bahwa politik itu senonim dengan tipu muslihat. Cuba renungkan apa maksud yang tersirat bila kita selalu ucapkan pada anak2 kita atau kawan2 kita dengan "ah..! politik jer tu"

Aku ada cuba membandingkan......Kalau dulu wakil rakyat kita biasanya adalah dipilih dari kalangan cikgu-cikgu, pegawai-pegawai kerajaan dan secara amnya adalah dari kalangan yang pernah melalui atau mengerti keperitan hidup dan yang pastinya bukan dari golongan-golongan pedagang dan usahawan seperti sekarang. Atas landasan itu perjuangan mereka adalah lebih untuk memastikan keperitan hidup ditemukan dengan noktah. Bagaimana sekarang? Mereka golongan pedagang-pedagang besar!! Apa mereka paham tentang keperitan hidup? Mereka boleh menyebut dan paham pasal mandi air telaga atau alur parit, tidur berhimpit-himpit dalam bilik yang sempit dan kepanasan dan apa-apa saja yang hendak disebutkan. Tiada maknanya kalau setakat boleh menyebut dan memahami tapi tidak boleh mentafsirkan dan mengendahkan keperitannya. Kenapa jadi begini? Lu pikirlah sendiri......

Dalam pada rakyat menangis dan menjerit marahkan kenaikan harga barang, setakat ini aku belum mendengar cadangan-cadangan bernas dan praktikal dari ahli politik (kera..jaan atau pemban....gkang) untuk meredakan tekanan keatas kehidupan rakyat biasa macam aku ini. Bagi aku tak perlu idea-idea yang perlu menampakkan faktor pemikiran luarbiasa. Yang basic dan praktikal cukup...macam pengunaan cermin gelap pada kenderaan. Aku cukup berharap ada yang cuba untuk mengusulkan supaya ini dibenarkan. Aku cukup menyampah cara perbahasan satu2 isu yang boleh membawa keuntungan kepada rakyat. Mereka akan mendahulukan penaksiran kenapa ini tak boleh bukannya mendahulukan kenapa ini sepatutnya boleh.

Macam isu cermin gelap, mereka akan menekankan penggunaan cermin gelap merbahaya sebab penglihatan pemandu akan menjadi kurang jelas terutama waktu malam, jenayah rogol boleh berlaku dalam kereta sebab orang tak nampak apa berlaku dalam kereta, penjenayah boleh bersembunyi dari buruan polis dan macam-macam lagi alasan kenapa ia wajar untuk tidak dibenarkan. Aku suka untuk bertanya....berapa banyak kedai emas dirompak oleh perompak yang melarikan diri dengan memandu kenderaan bercermin gelap? Berapa banyak perompak yang merompak kekayaan negara dengan memandu kenderaan cermin gelap? Lu pikirlah sendiri......

Aku mahu cermin gelap sebab....bila memandu ditengahhari terik rasa redup jer dalam kereta...power aircond boleh kurang sket....pakai minyak kurang sket.....kilometer boleh lebih sket.....belanja minyak bulan2 kurang sket.....lu pikirlah sendiri

5 comments:

zukeri said...

Salam,

Ini sudah bagus,teruskan.

zukeri said...

erm....kiranya mu ikuti perkembangan semasa juger ler..tapi aku konfius...naper kenaikan harga barang kaitkan dengan cermin gelap....kesinambungan tak dok ler mlang oooiii...hehehehe. apapun kira 'oklah tu' kata saida....

salam...bini zukeri

Mlang said...

yang sebenarnya cermin gelap dengan minyak naik tu ada gak hubung kaitnye.....bila boleh pakai cermin gelap penggunaan minyak dijangka akan berkurangan kerana sinar UV yang memberikan haba ke dalam kereta secara relatifnya akan berkurangan dengan itu pengunaan pendingin hawa jugak lebih relaks dan hasilnya lebih jimat penggunaan minyak....

Anonymous said...

ic....begitu. mu punya persona berapa tahap kegelapannya? aku tgk macam gelap sikit.

Anonymous said...

Harga minyak dah naik. nanti harga gas memasak lak nak naik. Apa pendapat mu?