Saturday, September 5, 2009

1 Malaysia

Sekarang semua orang membicarakan tentang 1 Malaysia, di kota maupun di desa, tua dan juga muda. Apa itu 1 Malaysia? Aku sendiri kurang arif untuk mentafsirkan secara terperinci apa maksud yang tersurat apatah lagi yang tersirat. Apa yang boleh aku faham.....ianya adalah agenda baru (walaupun bukan sesuatau yang baru untuk diperkatakan) yang diperkenalkan oleh yang berhormat perdana menteri berkenaan azam dan iltizam kerajaan untuk membentuk satu kerajaan yang memberi layanan yang sama rata kepada rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan agama atau makna yang lebih mendalam layanan yang adil.

Bagi aku itu satu iltizam yang patut disokong dan juga dipuji. Aku percaya semua orang menginginkan rakyat malaysia dilayan secara adil dan saksama. Cuma yang menjadi persoalan adalah bagaimanakah penilaian dan penaksiran kepada konsep adil itu sendiri. Aku percaya pastinya akan ada penaksiran yang berbeza antara individu yang berbeza. Latar belakang kehidupan seseorang individu pastinya akan memberikan faktor yang besar dalam menaksirkan layanan adil ini. Aku tidak mau berbicara panjang tentang perbezan tafsiran tentang 'layanan adil' ini, buat masa ini.

Apakah tujuan diperkenalkan konsep 1 Malaysia ini? Aku menaksirkannya sebagai kempen untuk membawa rakyat Malaysia yang berbagai kaum dan bangsa ini menjalani hidup yang lebih harmoni dan muhibbah. Penksiran yang lebih sarcastic (political view).....supaya tiada dengki mendengki antara kaum, yang pada pendapat aku kini semakin terasa kehadirannya.

Apakah benar polarisasi kaum di Malaysia kini semakin parah? Jika ditanya, aku akan bersetuju dengan kenyataan ini. Apa yang aku perhatikan politikus-politikus kita seolah suka menjadikan modal memperjuangan isu-isu berkaitan sentimen kaum untuk menonjol. Kenapa mestinya jadi sebegini? Kerana isu-isu sebegini mudah disensasikan untuk mendapat perhatian dan sokongan segera (immediate attention) dan mereka ini ingin dilihat sebagai jaguh...

Bagi aku konsep 1 Malaysia akan jadi lebih indah kiranya kerajaan melakukan satu usaha untuk membentuk dan mengadakan satu identiti bangsa Malaysia yang mana identiti ini hendaklah dipupuk dalam rakyat Malaysia bermula dari peringkat kanak-kanak.

Dimana dan bagaimana hendak bermula? Mulakan dengan pergaulan samarata, tiada lagi polarisasi. Lakukannya di peringkat tadika/prasekolah, sekolah rendah dan seterusnya ke sekolah menengah. Perkukuhkannya dan abadikannya didalam pusat pemikiran setiap rakyat Malaysia di pusat latihan khidmat negaranya. Kerajaan perlu tegas dan berani membuat keputusan yang tidak popular, rakyat perlu melakukan pengorbanan. Sekolah di Malaysia sepatutunya cuma ada satu aliran iaitu sekolah kebangsaan.

Tumpuan seterusnya adalah bahasa.....bak kata pepatah "Bahasa melambangkan bangsa". Jika di buat kaji selidik sekarang, pasti ada yang terkejut bila mengetahui berapa ramai rakyat Malaysia yang tidak selesa untuk berbahasa Malaysia..baik Melayu, Cina atau India, bukan tidak tahu berbahasa Malaysia tapi tidak selesa untuk bertutur !. Tapi masalah ini kurang diperhatikan di Malaysia Timur. Tapi walau apa pun, aku tidak sedia untuk bersetuju jika ada yang meminta kaum lain melupakan bahasa ibunda mereka. Bagi aku ini yang menjadikan Malaysia unik.

Mengapa aku mengusulkan ini.....teringat tulisan Tun Mahathir dalam bukunya, Malay Dilemma, yang maksudnya lebih kurang......"Keharmonian rakyat pelbagai kaum di Malaysia wujud bukan kerana ada integrasi dan persefahaman seperti yang didakwa tapi kerana tidak wujudnya pesoalan yang boleh membawa kepada persengketaan". Bayangkan kerapuhan keharmonian yang diwujudkan atas dasar ini.......

Jumpa lagi....