Sunday, June 20, 2010

KPI seorang YB

Salam untuk semua,

Sekarang nampaknya blog dah tak berapa nak laku. Orang lebih tertarik dengan Facebook. Kenapa? Kerana untuk menulis di facebook tak perlukan idea dan penulisan yang mendalam. Menulis di Facbook cukup mudah, tidak memerlukan untuk susunan ayat sempurna, tidak memerlukan idea dan boleh ikut aje selera sendiri..tiada siapa yang peduli.

Di pihak kerajaan pun dah ada Facebook sendiri. Bagus lah tu tapi rasanya kalau kerajaan wajibkan semua parlimen dan dewan undangan ada blog masing-masing lagi bagus. Tapi jangan jadikan macam yang dah-dah ada, sebab yang dah ada tu lebih kepada blog peribadi.

Gunakan blog untuk menyampaikan apa YB & the gang dah buat di kawasan masing-masing supaya rakyat boleh pantau pencapaian YB. Tapi jangan pulak penuhkan dengan siar raya tentang majlis-majlis YB melawat kawasan atau perasmian majlis. Itu bukan berkenaan pencapaian YB tapi sekadar tugas asas seorang YB.

Aku sentiasa bertanya pada diri sendiri, bagaimanakah pencapaian seorang YB diukur dan dinilai.
  1. Adakah dilihat dari segi selama mana mereka boleh mengekalkan 'kekuasaan' di kawasan parlimen/dewan undangan mereka? Secara logiknya, lagi lama mereka kekal berkuasa secara otomatis nya juga memberikan isyarat bahawa banyak sumbangan yang telah diberikan yang menyebabkan rakyat masih memerlukan khidmatnya. Penentangan aku terhadap kaedah ini ialah yang menentukan YB kekal bukan rakyat tapi ketua yang diatas. Dalam banyak keadaan mata dan pertimbangan ketua dikaburi oleh faktor-faktor yang tak relevan.
  2. Atau setakat mana perubahan yang telah dibuat dikawasan yang mereka wakili? Banyak membawa pembangunan ke dalam kawasan masing-masing di kira berjaya? Persoalan yang ingin aku lemparkan, setakat mana pembangunan yang dibawa yang hasilnya boleh dinikmati oleh rakyat kelas biasa. Contoh depan mata yang aku boleh utarakan; Monsoon Cup & Taman Tamadun Islam - berapa ramai pakcik-makcik, awang dan mek yang dapat benefit. Nak buka gerai makan tepi jalan ke tempat tu pun tak dayo, kena perambat. Selain nilai project juta-juta yang sape-sape ntah dapat apa, orang setempat apa dapat?
  3. Atau sebanyak manakah harta dan juak-juak yang berjaya dikumpul? Yang ni banyak depan mata. Masa belum YB pandu Honda Civic, lepas jadi YB baru satu penggal, kat garaj ada CLS, CLK, M3, Brabus, Lexus. yang paling simple Waja untuk anak yang baru masuk belajar kat sekolah kolej.

Akan cuba untuk buat kupasan nanti.....jumpa lagi

Monday, February 8, 2010

Sepi tanpa sambutan

Macam kebetulan pulak...sebulan selepas tulisan aku tentang sekolah satu aliran, ada pihak yang cuba mencampakkan isu ini ketengah untuk diperbincangkan diperingkat nasional. Kalau tak silap isu ini disuarakan oleh Prof. Khoo, sejarahwan negara.......ada ke istilah ni?

Seperti yang aku katakan isu ini isu yang tidak popular. Silap haribulan dan silap langkah boleh berkubur karier politik bagi YB yang cuba memperjuangkan isu ini. Kerana itu tidak ada yang berani untuk memanjangkan isu ini untuk diperbincang dan diperdebatkan. Di pihak yang kena berkorban memang sunyi.....macam bertepuk sebelah tangan, tadak dengar ape-ape, angin pun tak berdesir. Pihak akhbar sendiri seolah takut untuk membarakan isu ini. Isu ini cuma bertahan seminggu dua je di dada akhbar kemudian senyap, tenggelam dibawa arus masa.

Nazri Aziz ada memberikan buah bicara beliau berkenaan isu ini yang aku rasa tak relevan langsung. Trasnkripsi dari kenyatan beliau membawa maksud bahawa sekolah satu aliran akan membunuh kepelbagaian budaya yang wujud di negara ini. Bagi aku ini pendapat yang penuh helah dan hemah. Soalan aku adakah budaya kaum-kaum di Malaysia ini disemai dan disuburkan di sekolah-sekolah?

Mana dia suara-suara lantang yang selalu menuntut supaya kesamarataan diwujudkan di Malaysia? Ini adalah peluang untuk meneroka jauh kearah itu, bermula dengan hilangkan polarisasi antara anak-anak malaysia. Satu sekolah..satu bahasa..satu layanan. Seribu batu perjalanan bermula dengan satu langkah perjalanan. Tanpa langkah yang pertama kita tak akan kemana-mana.

Kini semacam timbul bara-bara yang boleh memarakkan pergeseran antara kaum atau lebih tepat lagi kalau aku katakan pergeseran antara agama. Seperti yang aku perkatakan di tulisan aku sebelum ini, rakyat malaysia hidup aman bukan kerana integrasi antara kaum tetapi kerana tiada isu yang boleh mewujudkan persengketaan. Isu pengunaan kalimah 'Allah' yang timbul kini seolah menyokong pendapat aku ini. Gereja dibakar, kesucian masjid dicemari..apa kesudahannya? Nasib baik akhbar dikawal, kalau mereka mengejar sensasi mau porak peranda kita. Aku cuma ingin kepastian, jika seorang pengganut Kristian ditanya dalam bahasa malaysia 'siapakah tuhan kamu?' adakah aku akan mendapat jawapan 'Allah tuhan aku'. Renungkanlah dan fikirkan sendiri....
Mengikut statistik yang aku petik dari sumber internet (CIA the world fact book) pecahan anutan agama di Malaysia adalah Muslim 60%, Buddhist 19%, Kristian 9%, Hindu 6.3%, traditional Chinese religion 2.6%. Kalau mengikut konsep adil, bagaimanakah agaknya pecahan belanjawan untuk rumah ibadat bagi anutan-anutan yang disenaraikan? Renungkanlah dan fikirkan sendiri.......

Kadangkala kita perlu muhasabah diri sendiri sebelum melihat sesuatu yang di luar dari jangkauan kita.
Salam untuk semua.....