Monday, February 8, 2010

Sepi tanpa sambutan

Macam kebetulan pulak...sebulan selepas tulisan aku tentang sekolah satu aliran, ada pihak yang cuba mencampakkan isu ini ketengah untuk diperbincangkan diperingkat nasional. Kalau tak silap isu ini disuarakan oleh Prof. Khoo, sejarahwan negara.......ada ke istilah ni?

Seperti yang aku katakan isu ini isu yang tidak popular. Silap haribulan dan silap langkah boleh berkubur karier politik bagi YB yang cuba memperjuangkan isu ini. Kerana itu tidak ada yang berani untuk memanjangkan isu ini untuk diperbincang dan diperdebatkan. Di pihak yang kena berkorban memang sunyi.....macam bertepuk sebelah tangan, tadak dengar ape-ape, angin pun tak berdesir. Pihak akhbar sendiri seolah takut untuk membarakan isu ini. Isu ini cuma bertahan seminggu dua je di dada akhbar kemudian senyap, tenggelam dibawa arus masa.

Nazri Aziz ada memberikan buah bicara beliau berkenaan isu ini yang aku rasa tak relevan langsung. Trasnkripsi dari kenyatan beliau membawa maksud bahawa sekolah satu aliran akan membunuh kepelbagaian budaya yang wujud di negara ini. Bagi aku ini pendapat yang penuh helah dan hemah. Soalan aku adakah budaya kaum-kaum di Malaysia ini disemai dan disuburkan di sekolah-sekolah?

Mana dia suara-suara lantang yang selalu menuntut supaya kesamarataan diwujudkan di Malaysia? Ini adalah peluang untuk meneroka jauh kearah itu, bermula dengan hilangkan polarisasi antara anak-anak malaysia. Satu sekolah..satu bahasa..satu layanan. Seribu batu perjalanan bermula dengan satu langkah perjalanan. Tanpa langkah yang pertama kita tak akan kemana-mana.

Kini semacam timbul bara-bara yang boleh memarakkan pergeseran antara kaum atau lebih tepat lagi kalau aku katakan pergeseran antara agama. Seperti yang aku perkatakan di tulisan aku sebelum ini, rakyat malaysia hidup aman bukan kerana integrasi antara kaum tetapi kerana tiada isu yang boleh mewujudkan persengketaan. Isu pengunaan kalimah 'Allah' yang timbul kini seolah menyokong pendapat aku ini. Gereja dibakar, kesucian masjid dicemari..apa kesudahannya? Nasib baik akhbar dikawal, kalau mereka mengejar sensasi mau porak peranda kita. Aku cuma ingin kepastian, jika seorang pengganut Kristian ditanya dalam bahasa malaysia 'siapakah tuhan kamu?' adakah aku akan mendapat jawapan 'Allah tuhan aku'. Renungkanlah dan fikirkan sendiri....
Mengikut statistik yang aku petik dari sumber internet (CIA the world fact book) pecahan anutan agama di Malaysia adalah Muslim 60%, Buddhist 19%, Kristian 9%, Hindu 6.3%, traditional Chinese religion 2.6%. Kalau mengikut konsep adil, bagaimanakah agaknya pecahan belanjawan untuk rumah ibadat bagi anutan-anutan yang disenaraikan? Renungkanlah dan fikirkan sendiri.......

Kadangkala kita perlu muhasabah diri sendiri sebelum melihat sesuatu yang di luar dari jangkauan kita.
Salam untuk semua.....