Friday, March 27, 2009

Ke Mana kita?

Melihat perkembangan yang berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini boleh membuatkan kita sesak nafas dan sakit otak kalau terlalu memikirkannya.

Apa dah berlaku di Perak.....? Permainan poltik yang macam tiada kesudahannya. Apa yang mereka ini fikirkan? Dalam mereka berbalah sesama mereka, adakah pernah sesiapa antara yang bermuhasabah....apakah yang aku perjuangkan? Demi kepentingan rakyatkah? Demi kepentingan partikah? Atau demi survival diri mereka sendiri? Atau semata-mata kerana mereka adalah politkus....perlu memperlihatkan yang mereka memperjuang sesuatu walaupun tidak tahu apa yang cuba diperjuangkan.

Cuba kita lihat sejenak apa yang boleh ternampak. Siapakah mereka-mereka yang paling sibuk berkokok dan bersabung? Bukan Barisan Nasional..bukan Pakatan Rakyat tapi orang melayu......dari rakyat marhain hingga kepada raja. Apa ni? Penat kalau nak difikirkan agendanya........Melayu yang berpecah dan menjadi semakin lemah? Kuasa ekonomi dah memang semput kini kuasa majoriti nak di telan.

Aku bukan chauvinist tapi aku takut pada perlakuan tetuan-tetuan melayu didalam melompok pemerintah. Aku tak nampak ada yang menunjukkan ciri-ciri pejuang yang sanggup berkorban untuk memperjuang yang hak dan mencegah yang batil. Kebanyakan mereka nampak lebih kepada pengumpul kekayaan melalui apa cara sekali pun. Pedulikah mereka pada kita kalau kita susah dan merempat? Cuba lihat di kawasan kamu..siapakah mereka-mereka yang hidup penuh 'bergaya'....Lu pikir lah sendiri! Jumpa lagi
  

        


1 comment:

Anonymous said...

Salam Bro,
Masalah yang melanda orang Melayu sekarang ialah ingin menegakkan kuasa yang ada semata-mata untuk menjaga survival diri sendiri dan anak beranak. Tak kira dari parti mana sekalipun.

Memang kita semua akui fenomena ini dimulakan oleh UMNO, tetapi sekarang perbuatan hina ini melanda kepada semua orang Melayu.

Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Kalau kita nak salahkan pemerintah tak boleh juga saya rasa. Yang penting diri sendiri.

Nilai murni dalam diri kita amat penting. Semua orang kata bahawa mereka mereka mempunyai agama. Dan semua orang bersetuju bahawa agama itu bertujuan untuk menjadikan seseorang itu baik. Soalnya sejauhmana pegangan agama mereka.

Kalau setakat berpakaian ala Arab tu, tak yahlah cakap pasal agama.

So sama-samalah kita pk.