Sunday, June 20, 2010

KPI seorang YB

Salam untuk semua,

Sekarang nampaknya blog dah tak berapa nak laku. Orang lebih tertarik dengan Facebook. Kenapa? Kerana untuk menulis di facebook tak perlukan idea dan penulisan yang mendalam. Menulis di Facbook cukup mudah, tidak memerlukan untuk susunan ayat sempurna, tidak memerlukan idea dan boleh ikut aje selera sendiri..tiada siapa yang peduli.

Di pihak kerajaan pun dah ada Facebook sendiri. Bagus lah tu tapi rasanya kalau kerajaan wajibkan semua parlimen dan dewan undangan ada blog masing-masing lagi bagus. Tapi jangan jadikan macam yang dah-dah ada, sebab yang dah ada tu lebih kepada blog peribadi.

Gunakan blog untuk menyampaikan apa YB & the gang dah buat di kawasan masing-masing supaya rakyat boleh pantau pencapaian YB. Tapi jangan pulak penuhkan dengan siar raya tentang majlis-majlis YB melawat kawasan atau perasmian majlis. Itu bukan berkenaan pencapaian YB tapi sekadar tugas asas seorang YB.

Aku sentiasa bertanya pada diri sendiri, bagaimanakah pencapaian seorang YB diukur dan dinilai.
  1. Adakah dilihat dari segi selama mana mereka boleh mengekalkan 'kekuasaan' di kawasan parlimen/dewan undangan mereka? Secara logiknya, lagi lama mereka kekal berkuasa secara otomatis nya juga memberikan isyarat bahawa banyak sumbangan yang telah diberikan yang menyebabkan rakyat masih memerlukan khidmatnya. Penentangan aku terhadap kaedah ini ialah yang menentukan YB kekal bukan rakyat tapi ketua yang diatas. Dalam banyak keadaan mata dan pertimbangan ketua dikaburi oleh faktor-faktor yang tak relevan.
  2. Atau setakat mana perubahan yang telah dibuat dikawasan yang mereka wakili? Banyak membawa pembangunan ke dalam kawasan masing-masing di kira berjaya? Persoalan yang ingin aku lemparkan, setakat mana pembangunan yang dibawa yang hasilnya boleh dinikmati oleh rakyat kelas biasa. Contoh depan mata yang aku boleh utarakan; Monsoon Cup & Taman Tamadun Islam - berapa ramai pakcik-makcik, awang dan mek yang dapat benefit. Nak buka gerai makan tepi jalan ke tempat tu pun tak dayo, kena perambat. Selain nilai project juta-juta yang sape-sape ntah dapat apa, orang setempat apa dapat?
  3. Atau sebanyak manakah harta dan juak-juak yang berjaya dikumpul? Yang ni banyak depan mata. Masa belum YB pandu Honda Civic, lepas jadi YB baru satu penggal, kat garaj ada CLS, CLK, M3, Brabus, Lexus. yang paling simple Waja untuk anak yang baru masuk belajar kat sekolah kolej.

Akan cuba untuk buat kupasan nanti.....jumpa lagi

Monday, February 8, 2010

Sepi tanpa sambutan

Macam kebetulan pulak...sebulan selepas tulisan aku tentang sekolah satu aliran, ada pihak yang cuba mencampakkan isu ini ketengah untuk diperbincangkan diperingkat nasional. Kalau tak silap isu ini disuarakan oleh Prof. Khoo, sejarahwan negara.......ada ke istilah ni?

Seperti yang aku katakan isu ini isu yang tidak popular. Silap haribulan dan silap langkah boleh berkubur karier politik bagi YB yang cuba memperjuangkan isu ini. Kerana itu tidak ada yang berani untuk memanjangkan isu ini untuk diperbincang dan diperdebatkan. Di pihak yang kena berkorban memang sunyi.....macam bertepuk sebelah tangan, tadak dengar ape-ape, angin pun tak berdesir. Pihak akhbar sendiri seolah takut untuk membarakan isu ini. Isu ini cuma bertahan seminggu dua je di dada akhbar kemudian senyap, tenggelam dibawa arus masa.

Nazri Aziz ada memberikan buah bicara beliau berkenaan isu ini yang aku rasa tak relevan langsung. Trasnkripsi dari kenyatan beliau membawa maksud bahawa sekolah satu aliran akan membunuh kepelbagaian budaya yang wujud di negara ini. Bagi aku ini pendapat yang penuh helah dan hemah. Soalan aku adakah budaya kaum-kaum di Malaysia ini disemai dan disuburkan di sekolah-sekolah?

Mana dia suara-suara lantang yang selalu menuntut supaya kesamarataan diwujudkan di Malaysia? Ini adalah peluang untuk meneroka jauh kearah itu, bermula dengan hilangkan polarisasi antara anak-anak malaysia. Satu sekolah..satu bahasa..satu layanan. Seribu batu perjalanan bermula dengan satu langkah perjalanan. Tanpa langkah yang pertama kita tak akan kemana-mana.

Kini semacam timbul bara-bara yang boleh memarakkan pergeseran antara kaum atau lebih tepat lagi kalau aku katakan pergeseran antara agama. Seperti yang aku perkatakan di tulisan aku sebelum ini, rakyat malaysia hidup aman bukan kerana integrasi antara kaum tetapi kerana tiada isu yang boleh mewujudkan persengketaan. Isu pengunaan kalimah 'Allah' yang timbul kini seolah menyokong pendapat aku ini. Gereja dibakar, kesucian masjid dicemari..apa kesudahannya? Nasib baik akhbar dikawal, kalau mereka mengejar sensasi mau porak peranda kita. Aku cuma ingin kepastian, jika seorang pengganut Kristian ditanya dalam bahasa malaysia 'siapakah tuhan kamu?' adakah aku akan mendapat jawapan 'Allah tuhan aku'. Renungkanlah dan fikirkan sendiri....
Mengikut statistik yang aku petik dari sumber internet (CIA the world fact book) pecahan anutan agama di Malaysia adalah Muslim 60%, Buddhist 19%, Kristian 9%, Hindu 6.3%, traditional Chinese religion 2.6%. Kalau mengikut konsep adil, bagaimanakah agaknya pecahan belanjawan untuk rumah ibadat bagi anutan-anutan yang disenaraikan? Renungkanlah dan fikirkan sendiri.......

Kadangkala kita perlu muhasabah diri sendiri sebelum melihat sesuatu yang di luar dari jangkauan kita.
Salam untuk semua.....

Saturday, September 5, 2009

1 Malaysia

Sekarang semua orang membicarakan tentang 1 Malaysia, di kota maupun di desa, tua dan juga muda. Apa itu 1 Malaysia? Aku sendiri kurang arif untuk mentafsirkan secara terperinci apa maksud yang tersurat apatah lagi yang tersirat. Apa yang boleh aku faham.....ianya adalah agenda baru (walaupun bukan sesuatau yang baru untuk diperkatakan) yang diperkenalkan oleh yang berhormat perdana menteri berkenaan azam dan iltizam kerajaan untuk membentuk satu kerajaan yang memberi layanan yang sama rata kepada rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan agama atau makna yang lebih mendalam layanan yang adil.

Bagi aku itu satu iltizam yang patut disokong dan juga dipuji. Aku percaya semua orang menginginkan rakyat malaysia dilayan secara adil dan saksama. Cuma yang menjadi persoalan adalah bagaimanakah penilaian dan penaksiran kepada konsep adil itu sendiri. Aku percaya pastinya akan ada penaksiran yang berbeza antara individu yang berbeza. Latar belakang kehidupan seseorang individu pastinya akan memberikan faktor yang besar dalam menaksirkan layanan adil ini. Aku tidak mau berbicara panjang tentang perbezan tafsiran tentang 'layanan adil' ini, buat masa ini.

Apakah tujuan diperkenalkan konsep 1 Malaysia ini? Aku menaksirkannya sebagai kempen untuk membawa rakyat Malaysia yang berbagai kaum dan bangsa ini menjalani hidup yang lebih harmoni dan muhibbah. Penksiran yang lebih sarcastic (political view).....supaya tiada dengki mendengki antara kaum, yang pada pendapat aku kini semakin terasa kehadirannya.

Apakah benar polarisasi kaum di Malaysia kini semakin parah? Jika ditanya, aku akan bersetuju dengan kenyataan ini. Apa yang aku perhatikan politikus-politikus kita seolah suka menjadikan modal memperjuangan isu-isu berkaitan sentimen kaum untuk menonjol. Kenapa mestinya jadi sebegini? Kerana isu-isu sebegini mudah disensasikan untuk mendapat perhatian dan sokongan segera (immediate attention) dan mereka ini ingin dilihat sebagai jaguh...

Bagi aku konsep 1 Malaysia akan jadi lebih indah kiranya kerajaan melakukan satu usaha untuk membentuk dan mengadakan satu identiti bangsa Malaysia yang mana identiti ini hendaklah dipupuk dalam rakyat Malaysia bermula dari peringkat kanak-kanak.

Dimana dan bagaimana hendak bermula? Mulakan dengan pergaulan samarata, tiada lagi polarisasi. Lakukannya di peringkat tadika/prasekolah, sekolah rendah dan seterusnya ke sekolah menengah. Perkukuhkannya dan abadikannya didalam pusat pemikiran setiap rakyat Malaysia di pusat latihan khidmat negaranya. Kerajaan perlu tegas dan berani membuat keputusan yang tidak popular, rakyat perlu melakukan pengorbanan. Sekolah di Malaysia sepatutunya cuma ada satu aliran iaitu sekolah kebangsaan.

Tumpuan seterusnya adalah bahasa.....bak kata pepatah "Bahasa melambangkan bangsa". Jika di buat kaji selidik sekarang, pasti ada yang terkejut bila mengetahui berapa ramai rakyat Malaysia yang tidak selesa untuk berbahasa Malaysia..baik Melayu, Cina atau India, bukan tidak tahu berbahasa Malaysia tapi tidak selesa untuk bertutur !. Tapi masalah ini kurang diperhatikan di Malaysia Timur. Tapi walau apa pun, aku tidak sedia untuk bersetuju jika ada yang meminta kaum lain melupakan bahasa ibunda mereka. Bagi aku ini yang menjadikan Malaysia unik.

Mengapa aku mengusulkan ini.....teringat tulisan Tun Mahathir dalam bukunya, Malay Dilemma, yang maksudnya lebih kurang......"Keharmonian rakyat pelbagai kaum di Malaysia wujud bukan kerana ada integrasi dan persefahaman seperti yang didakwa tapi kerana tidak wujudnya pesoalan yang boleh membawa kepada persengketaan". Bayangkan kerapuhan keharmonian yang diwujudkan atas dasar ini.......

Jumpa lagi....

Friday, March 27, 2009

Ke Mana kita?

Melihat perkembangan yang berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini boleh membuatkan kita sesak nafas dan sakit otak kalau terlalu memikirkannya.

Apa dah berlaku di Perak.....? Permainan poltik yang macam tiada kesudahannya. Apa yang mereka ini fikirkan? Dalam mereka berbalah sesama mereka, adakah pernah sesiapa antara yang bermuhasabah....apakah yang aku perjuangkan? Demi kepentingan rakyatkah? Demi kepentingan partikah? Atau demi survival diri mereka sendiri? Atau semata-mata kerana mereka adalah politkus....perlu memperlihatkan yang mereka memperjuang sesuatu walaupun tidak tahu apa yang cuba diperjuangkan.

Cuba kita lihat sejenak apa yang boleh ternampak. Siapakah mereka-mereka yang paling sibuk berkokok dan bersabung? Bukan Barisan Nasional..bukan Pakatan Rakyat tapi orang melayu......dari rakyat marhain hingga kepada raja. Apa ni? Penat kalau nak difikirkan agendanya........Melayu yang berpecah dan menjadi semakin lemah? Kuasa ekonomi dah memang semput kini kuasa majoriti nak di telan.

Aku bukan chauvinist tapi aku takut pada perlakuan tetuan-tetuan melayu didalam melompok pemerintah. Aku tak nampak ada yang menunjukkan ciri-ciri pejuang yang sanggup berkorban untuk memperjuang yang hak dan mencegah yang batil. Kebanyakan mereka nampak lebih kepada pengumpul kekayaan melalui apa cara sekali pun. Pedulikah mereka pada kita kalau kita susah dan merempat? Cuba lihat di kawasan kamu..siapakah mereka-mereka yang hidup penuh 'bergaya'....Lu pikir lah sendiri! Jumpa lagi
  

        


Sunday, July 20, 2008

Debat Ke Tu?

Debat Dato' Seri Anwar and Dato' Sabery dah berlalu..... Apa pengajaran atau pengisian yang kita dapat dari perdebatan tersebut? Mungkin satu impak yang nyata adalah Kerajaan telah membuat keputusan supaya TNB mengadakan plan mengurangkan simpanan lebihan tenaga yang mana ini akan menjimatkan perbelanjaan lebih kurang 1.5 bilion ringgit setahun.

Bagi aku perdebatan tersebut tidak seperti yang dijangkakan...mungkin kerana suasana yang terlalu terkawal akibat sikap berhati-hati pihak penganjur takut sesuatu yang diluar jangkaan akan berlaku. Masa yang diperuntukkan adalah terlalu singkat untuk mendebatkan satu isu yang boleh memberikan impak yang teramat besar....IMPAK KEPADA 27 JUTA RAKYAT MALAYSIA !!! Pada pendapat aku, 'debat' adalah perkataan yang terlalu hebat untuk proses yang telah berlaku itu...ianya cukup sekadar untuk ditarafkan dengan 'pidato' yang dulu biasa diadakan diantara sekolah-sekolah masa aku disekolah rendah dulu. Mungkin mereka ada alasan-alasan mereka yang tersendiri yang tak tercapai dek akal ku yang cetek ini yang mewajarkan bagi mereka untuk mengambil pendekatan terkawal dan berhati-hati itu...

Pada aku jika ini adalah debat yang sebenar.......aku suka jika saudara Anwar (panggilan yg lebih mesra semasa di ABIM; cuba anda sebut berulang-ulang pasti tertangkap kelainannya berbanding menyebut Dato' Seri Anwar) menyebut secara terperinci satu persatu perancangan yang terpanggil dimindanya untuk membantu mengurangkan bebanan dihadapi oleh 27 juta rakyat mengharungi kegawatan peningkatan kos sara hidup ini. Jika dasar perjuangan beliau ikhlas, beliau tidak perlu takut dan tidak peduli jika pelan dan perancangan dikemukakan itu diciplak dan dilaksanakan oleh pihak pihak kerajaan kerana memang matlamat akhir perjuangan adalah untuk dikembalikan hak kepada yang berhak iaitu rakyat semua...itu jika pengertian perjuangan ikhlas diambil kira.

Jika rakyat menilai perancangan tersebut adalah suatu yang tulus dan boleh memberi nilai tetapi pihak kerajaan membutakan hati dan mata kerana semata-mata ianya idea dari saudara Anwar, maka rakyat harus MENGHUKUM kerajaan tanpa perlu ada alasan yang lebih mantap. Penaksiran aku.....Jika kepentingan segelintir terpaksa diambil kira (samada pembangkan atau kerajaan) maka jadinya seperti berikut...."kami mempunyai perancangan yang praktikal dan boleh usaha untuk mengurangkan harga minyak dan membawa kepada pengertian kadar sara hidup yang tidak melampau berbanding pada keadaan sekarang. Untuk melaksanakannya kami memerlukan lebih masa dan lebih kuasa. Berikan kami KUASA dan akan kami perincikan dan buktikan"

Bagi saudara Sabery, alangkah bagusnya jika setelah saudara Anwar memperincikan pelan dan perancangannya, beliau akan membentangkan kesan akan berlaku kepada negara jika pelan itu dilaksanakan dengan memberikan fakta-fakta nombor bukan sekadar hujah-hujah retrotik.....dan dalam penutup hujahnya saudara Sabery sepatutnya menyenaraikan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dalam membantu rakyat bukannya merumuskan apa yang orang lain pikir yang tidak sama dengan pemikiran pihak kerajaan itu adalah suatu yang pasti salah........banyak lagi yang aku nak keutarakan untuk kita sama fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan tapi macam kata Nabil......LU PIKIRLAH SENDIRI


Sunday, July 6, 2008

Apa Nak Jadi!

Sekarang ni semua dah jadi haru biru. Belum habis dengan isu harga barang naik kini kisah tuduh menuduh pulak naik. Masing-masing kata mereka yang dipihak benar. Dah kalau semua benar siapa yang salah? Tak paham betullah orang orang politik ni. Aku masih ingat lagi masa zaman budak-budak dulu (70-an) orang-orang tua selalu sebut kat kedai kopi "dalam kehidupan ini ada dua dunia yang selalu benda keji dan kotor jadi mainan iaitu dunia artis dan dunia politik". Aku ada bertanya kat ustaz di sekolah agama rakyat di kampung aku..dah lama arwah ustaz ni. Katanya politik itu mulia kerana dengan politik lah kita boleh membentuk acuan ummah tapi tangan-tangan yang menjunjung politik itu yang menjadikan politik itu jelek dan hina....Bila dah dewasa baru aku paham maksudnya. Tapi aku rasa sukar untuk kita mengubah persepsi bahwa politik itu senonim dengan tipu muslihat. Cuba renungkan apa maksud yang tersirat bila kita selalu ucapkan pada anak2 kita atau kawan2 kita dengan "ah..! politik jer tu"

Aku ada cuba membandingkan......Kalau dulu wakil rakyat kita biasanya adalah dipilih dari kalangan cikgu-cikgu, pegawai-pegawai kerajaan dan secara amnya adalah dari kalangan yang pernah melalui atau mengerti keperitan hidup dan yang pastinya bukan dari golongan-golongan pedagang dan usahawan seperti sekarang. Atas landasan itu perjuangan mereka adalah lebih untuk memastikan keperitan hidup ditemukan dengan noktah. Bagaimana sekarang? Mereka golongan pedagang-pedagang besar!! Apa mereka paham tentang keperitan hidup? Mereka boleh menyebut dan paham pasal mandi air telaga atau alur parit, tidur berhimpit-himpit dalam bilik yang sempit dan kepanasan dan apa-apa saja yang hendak disebutkan. Tiada maknanya kalau setakat boleh menyebut dan memahami tapi tidak boleh mentafsirkan dan mengendahkan keperitannya. Kenapa jadi begini? Lu pikirlah sendiri......

Dalam pada rakyat menangis dan menjerit marahkan kenaikan harga barang, setakat ini aku belum mendengar cadangan-cadangan bernas dan praktikal dari ahli politik (kera..jaan atau pemban....gkang) untuk meredakan tekanan keatas kehidupan rakyat biasa macam aku ini. Bagi aku tak perlu idea-idea yang perlu menampakkan faktor pemikiran luarbiasa. Yang basic dan praktikal cukup...macam pengunaan cermin gelap pada kenderaan. Aku cukup berharap ada yang cuba untuk mengusulkan supaya ini dibenarkan. Aku cukup menyampah cara perbahasan satu2 isu yang boleh membawa keuntungan kepada rakyat. Mereka akan mendahulukan penaksiran kenapa ini tak boleh bukannya mendahulukan kenapa ini sepatutnya boleh.

Macam isu cermin gelap, mereka akan menekankan penggunaan cermin gelap merbahaya sebab penglihatan pemandu akan menjadi kurang jelas terutama waktu malam, jenayah rogol boleh berlaku dalam kereta sebab orang tak nampak apa berlaku dalam kereta, penjenayah boleh bersembunyi dari buruan polis dan macam-macam lagi alasan kenapa ia wajar untuk tidak dibenarkan. Aku suka untuk bertanya....berapa banyak kedai emas dirompak oleh perompak yang melarikan diri dengan memandu kenderaan bercermin gelap? Berapa banyak perompak yang merompak kekayaan negara dengan memandu kenderaan cermin gelap? Lu pikirlah sendiri......

Aku mahu cermin gelap sebab....bila memandu ditengahhari terik rasa redup jer dalam kereta...power aircond boleh kurang sket....pakai minyak kurang sket.....kilometer boleh lebih sket.....belanja minyak bulan2 kurang sket.....lu pikirlah sendiri

Sunday, April 20, 2008

Dunia Makin Panas

Sejak dua menjak ni setiap hari terasa sangat panasnya cuaca..kalau duduk dalam rumah tu rasanya tak boleh tanpa kipas..kenapa dunia jadi macam ni sekarang??? Teringat dulu-dulu masa zaman kanak-kanak.....rumah kami takde kipas dan ia memang tak diperlukan sangat. Di kampung kami cuma golongan yang tertentu je ada kipas dalam rumah tapi sekarang kipas bukan lagi jadi option tapi dah jadi satu kemestian. Malah ada yang lebih ekstrim tak boleh hidup dalam rumah kalau takde aircond.

Pernah tak kita terfikir...apa sumbangan kita dalam fenomena yang berlaku sekarang? Kita cerita bila ada masa nanti..ari ni baru testing blog ni.