Sunday, July 20, 2008

Debat Ke Tu?

Debat Dato' Seri Anwar and Dato' Sabery dah berlalu..... Apa pengajaran atau pengisian yang kita dapat dari perdebatan tersebut? Mungkin satu impak yang nyata adalah Kerajaan telah membuat keputusan supaya TNB mengadakan plan mengurangkan simpanan lebihan tenaga yang mana ini akan menjimatkan perbelanjaan lebih kurang 1.5 bilion ringgit setahun.

Bagi aku perdebatan tersebut tidak seperti yang dijangkakan...mungkin kerana suasana yang terlalu terkawal akibat sikap berhati-hati pihak penganjur takut sesuatu yang diluar jangkaan akan berlaku. Masa yang diperuntukkan adalah terlalu singkat untuk mendebatkan satu isu yang boleh memberikan impak yang teramat besar....IMPAK KEPADA 27 JUTA RAKYAT MALAYSIA !!! Pada pendapat aku, 'debat' adalah perkataan yang terlalu hebat untuk proses yang telah berlaku itu...ianya cukup sekadar untuk ditarafkan dengan 'pidato' yang dulu biasa diadakan diantara sekolah-sekolah masa aku disekolah rendah dulu. Mungkin mereka ada alasan-alasan mereka yang tersendiri yang tak tercapai dek akal ku yang cetek ini yang mewajarkan bagi mereka untuk mengambil pendekatan terkawal dan berhati-hati itu...

Pada aku jika ini adalah debat yang sebenar.......aku suka jika saudara Anwar (panggilan yg lebih mesra semasa di ABIM; cuba anda sebut berulang-ulang pasti tertangkap kelainannya berbanding menyebut Dato' Seri Anwar) menyebut secara terperinci satu persatu perancangan yang terpanggil dimindanya untuk membantu mengurangkan bebanan dihadapi oleh 27 juta rakyat mengharungi kegawatan peningkatan kos sara hidup ini. Jika dasar perjuangan beliau ikhlas, beliau tidak perlu takut dan tidak peduli jika pelan dan perancangan dikemukakan itu diciplak dan dilaksanakan oleh pihak pihak kerajaan kerana memang matlamat akhir perjuangan adalah untuk dikembalikan hak kepada yang berhak iaitu rakyat semua...itu jika pengertian perjuangan ikhlas diambil kira.

Jika rakyat menilai perancangan tersebut adalah suatu yang tulus dan boleh memberi nilai tetapi pihak kerajaan membutakan hati dan mata kerana semata-mata ianya idea dari saudara Anwar, maka rakyat harus MENGHUKUM kerajaan tanpa perlu ada alasan yang lebih mantap. Penaksiran aku.....Jika kepentingan segelintir terpaksa diambil kira (samada pembangkan atau kerajaan) maka jadinya seperti berikut...."kami mempunyai perancangan yang praktikal dan boleh usaha untuk mengurangkan harga minyak dan membawa kepada pengertian kadar sara hidup yang tidak melampau berbanding pada keadaan sekarang. Untuk melaksanakannya kami memerlukan lebih masa dan lebih kuasa. Berikan kami KUASA dan akan kami perincikan dan buktikan"

Bagi saudara Sabery, alangkah bagusnya jika setelah saudara Anwar memperincikan pelan dan perancangannya, beliau akan membentangkan kesan akan berlaku kepada negara jika pelan itu dilaksanakan dengan memberikan fakta-fakta nombor bukan sekadar hujah-hujah retrotik.....dan dalam penutup hujahnya saudara Sabery sepatutnya menyenaraikan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dalam membantu rakyat bukannya merumuskan apa yang orang lain pikir yang tidak sama dengan pemikiran pihak kerajaan itu adalah suatu yang pasti salah........banyak lagi yang aku nak keutarakan untuk kita sama fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan tapi macam kata Nabil......LU PIKIRLAH SENDIRI


No comments: